Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

03/02/2012

Sayangi Diri sebelum Sayangi Orang Lain.




"Hidup anda adalah satu perjalanan belajar untuk mengasihi diri sendiri terlebih dahulu dan kemudian melanjutkan cinta yang kepada orang lain dalam setiap pertemuan."

 Wahai para pembaca , sekiranya diri anda sedang bercinta , jagalah perbatasan pergaulan kalian.
Ingat lah , diri kamu lebih berharga terhadap kedua ibu bapa kamu. Jangan kamu balas jasa mereka dengan sesuatu yang tidaak mereka redhai.

Wahai para gadis, sayangi lah dirimu . Ketahui lah , bahawa kamu ibarat berlian yang sangat tinggi nilanya.
Jangan biarkan berlian yang indah itu rosak dan calar akibat disentuh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Perjalanan kehidupan kalian masih jauh . Lakukan lah yang terbaik untuk kebaikan masa hadapan. Adakala , kita terpaksa melakukan pengorbanan . Lakukan lah pengorbanan itu jika kau merasa ia akan membawa sesuatu kebaikan buatmu. Kerana kelak , kita semua akan ditanya mengenai perilaku kita.

Wahai gadis , sayangi lah diri mu, cintailah diri mu sebelum kau memberi cintamu kepada si dia.
Pelihara lah dirimu sebelum kau bersama dia. Jaga dirimu sebelum fitnah menimpa dirimu .
Ingatlah , kelak kau akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan mu :)

 

No comments:

Post a Comment