Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

08/09/2012

Meneladani Wanita Ahli Syurga

~Assalamualaikum ya akhi,ya ukhti~



Kita mengetahui ada 313 orang Rasul dan 124 000 orang Nabi. Semua Nabi dan Rasul adalah lelaki.Memang tidak ada Rasul / Nabi seorang wanita. Tentu hal itu kehendak Allah.

Allah memberikan hak yang sama kepada lelaki dan perempuan bagi mencari keredhaan dan syurgaNya.
Dalam sejarah Islam, ada 4 orang wanita yg dikenali sebagai ahli syurga.

1.Khadijah Binti Khuwailid:
* Wanita pertama yang beriman kepada Rasulullah sewaktu baginda menerima wahyu pertama.
*Khadijah mendorong Rasulullah bersendirian dan beribadah diGua Hira' dengan menyediakan keperluan baginda.
*Menjadi muslimah sejati dengan keimanan yang kukuh kepada Allah dan RasulNya.

2.Fatimah Binti Muhammad:
*Hidup dalam kemiskinan.
*Bekerja keras membuat roti walaupub beliau adalah puteri Rasulullah.
*Beliau rendah hati dan seorang yg tawaduk.
*Tetap bersedekah kepada orang-orang yg memerlukan walaupun miskin.

3.Asiyah Binti Muzahim:
*Isteri Firaun.
*Tetap menjaga kesucian imannya walaupun hidup di bawah istana Firaun yg ingkar kpd Allah.
*Mengasuh dan membesarkan Nabi Musa yang dijumpai oleh dayang istana di Sg.Nil yang mengalir di belakang istananya.

4.Maryam Binti Imran:
*Sering duduk di mihrabnya bagi beribadat.
*Dirinya hamil tanpa suami kerana Allah ingin mengurniakan seorang bayi kepadanya.
*Diusir keluar dari kampung dan mengembara seorang diri sehingga waktu bayinya (Nabi Isa) lahir.


Selain daripada empat wanita itu, ada juga wanita mukminah lain seperti ahli sufi Rabiah al-Adawiyah yang beribadah semata-mata kerana Allah.

Syukran For Your Concentration On Reading.
Don't just keep in mind,but do accept it with open heart,
InsyaAllah.