Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

15/02/2012

Perjuangan yang Belum Selesai

 

Pertama kali aku menyertai perjuangan ini, aku merasakan hal yang sama seperti mereka yang tidak mengerti akan perjuangan ini.
Tetapi, aku terus belajar dan belajar dari kesilapan dan akhirnya aku menemui keindahan perjuangan itu.
Di situ lah aku mencipta ukhwah bersama mereka :) 
Di situ jugalah aku merasai kemanisan ukhwah yang sebenarnya. 
Aku belajar dan terus belajar di samping berjuang bersama mereka untuk mencari redhaNya.
Pelbagai konflik yg kami lalui bersama, dan kami mampu hadapi bersama :)

Hari semakin berlalu. Setiap insan memiliki kehidupan masing-masing.
Akan tetapi, kita lupa akan perjuangan tersebut.
Hati kita tidak lagi berjuang untuk mencari redhaNya.
Kita semakin angkuh atas perjuangan yg suci ini.
Dan kita, ukhwah ini semakin renggang. 
Kita semakin melupakan antara satu sama lain.

Engkau yang dahulu mengajarkan aku untuk bersabar , kini engkau pula yang tidak melakukannya.
Engkau yang dahulu mengajarkan tolak-ansur, kini engkau pula yang menunding jari.

Wahai sahabat perjuanganku. Aku sayangkan ukhwah ini. Jaga lah hatimu.
Jangan biarkan dirimu dikuasai amarah. Kuatkan kembali ikatan ini.

"Ya Allah, jagalah hati kami.Jangan biarkan kami kembali menjauhimu. Terangkan hati kami atas perjuangan ini."
~Aminn~

:')

14/02/2012

Basikal Oh Basikal ~

 

"Lihat pada apa yang ada barulah kita BERSYUKUR. Jangan dikenang pada yang tiada nanti kita KUFUR"

Wahai basikal , kenapa lah penat sangat nak kayuh engkau ni? 
"Wahai manusia , masih ramai lagi saudara mu yang kepenatan , padahal mereka berjalan kaki lebih jauh dari perjalananmu"

Wahai jalanraya , kenapa lah kau tak straight je ? Tak payah nak naik turun bukit.
"Wahai manusia , redha lah. Disana nanti jalanan dan perjalanan mu lebih perit dari ini."

Wahai matahari , kenapa kau ni panas sangat? Berpeluh-peluh aku nak balik sekolah.
"Wahai manusia, sedarlah. Kelak disana nanti panas lagi matahariNya yang akan lebih dekat dgnmu."

"Wahai Tuhan , sedarkan lah kami dari kehidupan ini. Jadikan kami antara orang yg menyedari kebesaranMu dan bersyukur dgn ni'matMu"
~Aminn~