Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

16/12/2012

Azab Neraka Khusus Untuk WANITA

Assalamualaikum, ya akhi, ukhti :)
choose your path :)
Sebuah kisah dari zaman Rasulullah untuk kita semua supaya dijadikan teladan. Semoga terhibur :)

Saidina Ali menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis. Baginda menjawab :

"Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan pelbagai seksaan. Itulah sebabnya aku menangis. Kerana menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksaannya."

Puteri Rasulullah SAW kemudiannya menanyakan apa yang dilihat oleh ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan yang digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan kedalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai keubun-ubunnya, di hulurkan ular dan kalajengking. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,di masukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung,  badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar(keldai), beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya. Sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?
Rasulullah menjawab:

 Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias  untuk lelaki yang bukan  muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain dengan BERSOLEK DAN BERHIAS supaya kecantikkannya dilihat lelaki yang bukan muhrim itu.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangan ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tetapi tidak menunaikannya dan (MENIPU) tidak mau mandi junub.

*Perempun yang kepalanyaseperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang merupai anjing ialah perempuan yang suka memftnah dan membenci suami.

Mendengar itu, Saidina Ali dan Fatimah pun turut menangis.