Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

22/12/2013

PROGRAM KEMBARA ILMU & KEMBARA MUSLIM


SUBHANALLAH. Dah lama tak update blog. Ni nak cerita pengalaman sikit sebanyak sewaktu cuti :)


ALHAMDULILLAH , baru pulang dari program Kembara Muslim dan Kembara Ilmu anjuran PUSAT PENGAJIAN AL QURAN SISTEM INDIVIDU (PUPAQSI) dengan kerjasama 4X4 BLACKWIND ADVENTURE TEAM (B.A.T).
Program ni memang khas untuk remaja Muslim yang suka aktiviti lasak atau nak mencuba sesuatu yang baru. Para peserta juga didedahkan dengan cara kehidupan seorang musafir. Sepanjang program, peserta akan menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4x4), dari Kuala Lumpur-Selangor-Perak.

Banyak tempat-tempat yang bersejarah & istimewa yang kitorang lawat. Antaranya:

1.BUKIT MALAWATI
 -melawat muzium Kuala Selangor
 -melawat Batu Hampar, tempat Sultan memerhati kawasan takluk baginda.

2.KILANG MASRI,SEKINCHAN
 -tengok sendiri proses pembuatan kerepek, bahulu & banyak lagi

3.TIBA DI HOMESTAY AIR MANIS
 -taklimat ringkas aktiviti di homestay dari tuan rumah
 -aktiviti air ; memancing, menggagau ikan dalam lumpur, bersampan, mandi kolam & banyak lagi

4.MELAWAT PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR
 -pekena sikit mee udang sedap kaw-kaw :D
 -rasa keindahan suasana anugerah ALLAH s.w.t
 -waktu ni, peserta kenala, kejar dan tangkap IKAN BELACAK :)

5.MALAM BUDAYA
 -belajar bermain kompang dengan 2 rentak; rentak selawat Nabi & rentak utk perkahwinan.
 -belajar seni silat tari
 -belajar adatn resam & perkahwinan kaum Melayu di modelkan sendiri oleh para peserta Kembara Ilmu

Itu lah antara tempat2 yang kitorang pergi. Banyak lagi tempat yang kitorang kunjungi & nak kongsikan cuma boleh tahan nak tercabut jugak lah jari ni kalau taip semuanya :D
Kalau pembaca nak rasa pengalaman yang mencabar macam ni, boleh la join batch Kembara Ilmu yang seterusnya :) Boleh terus layari laman web PUPAQSI, www.pupaqsi.com

Semoga korang, para pembaca dapat informasi walau sikit dari perkongsian saya. Segala yang baik datang dari ALLAH s.w.t dan yang buruk itu dari salah saya sendiri. Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment