Welcome to My Blog,Have a Nice Journey. Do Follow Me :D

15/09/2011

Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.

 
1) Kesilapan Pertama – Bagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.

2) Kesilapan Kedua – Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?

3) Kesilapan KetigaBertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…
4) Kesilapan KeempatBertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?

5) Kesilapan KelimaBertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.

6) Kesilapan KeenamBertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?

7) Kesilapan KetujuhBertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..

8.) Kesilapan KelapanBertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..

9) Kesilapan KesembilanBertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..

No comments:

Post a Comment